Monday, December 27, 2010

...AKU...

Aku mengganggap kerjaya sebagai seorang penggiat seni itu adalah satu kerjaya yang berani. Berani kerana bekerja tanpa mengira waktu dan lelah. Kalau diikutkan kami tiada pampasan jika berlaku apa2,jarang sekali dapat claim duit baju,tol,minyak,cuti sakit atau apa sekali pun.
Walaupun aku ni pelakon yang suam2 kuku atau air yang belum sempat nak suam sekalipun aku tetap memilih kerjaya ini sebagai sumber hidup selagi bakat aku masih diterima oleh sekumpulan producer atau pengarah yang percaya dengan bakat aku....kalau popular,itu rezeki masing2...Tapi aku yakin,walau sepopular mana pun,kalau bayaran yang diberi tidak setimpal dengan bakat yang dicurahkan, itu tidak adil. Aku berani mengatakan industri kini kedekut dalam isu pembayaran. Kalau ada pun hanya segelintir saja yang sudi menawarkan harga yang berpatutan. Kenapa ye begitu? Macam mana nak hasilkan filem atau cerita yang berkualiti kalau asyik muka sama saja yang dioffer walaupun watak yang diberikan itu tidak sesuai langsung untuk si polan tu....ermmm....

Sunday, December 26, 2010

PERMULAAN HARI AKU BERKONGSI CERITA

Bismillahhirrahmanirrahim...Assalamualaikum...w.b.t

Sebenarnya dah lama blog aku ni wujud..tapi disebabkan rasa malas dan kesibukan diri membuatkan blog aku ni kosong tanpa isi...tapi sejak kebelakangan ni aku rasa aku perlukan tempat untuk berkongsi cerita dan aku fikir inilah tempat yang paling sesuai untuk aku kongsi apa saja dengan kawan2...