Tuesday, February 22, 2011

...Mungkin Aura Belum Sampai...

"nak jadi artis mesti kena tip top" (di malaysia)

Ahh....kalau diteruskan rajuk aku ni menyusahkan diri je...aku harus kuat melayan kerenah mereka2 yang asyik berkompromi...jangan buat casting kalau kroni sendiri juga yang dipilih..tak payah nak buat syarat..
Kalau berbadan kurus lagi kecik alamatnya memang susah nak success...entah kenapa suka menjual rupa walaupun seperti tunggul kayu yg beraksi di depan camera...

Aku beranggapan 'Mungkin Auraku Belum Sampai"

Tuesday, January 4, 2011

KATAKU

Islam atau agama pada hari ini hanya pada kad pengenalan...bukan pada diri, pada akal atau hati...

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru Azam Baru

Selamat tahun baru...2011

Mesti ramai yang simpan azam kan? kenapa tiap2 pembukaan tahun mesti kita berazam walaupun boleh kata azam tu buat cukup syarat je sedangkan hati tak betul2 ikhlas nak laksanakannya....
hehehe aku pun sama je macam tu,tapi tu dulu lah..sekarang tak lagi. tahun ni,aku dah 26 tahun. aku dah tak boleh main2 lagi...aku kena kuat,tabah,rajin,bersemangat dan positif. aku harus tingkatkan prestasi hidup aku.
Fuhhh sekarang ni ramai orang sekeliling yang talam dua muka...perlu extra hati2...memang dulu pun dah wujud dah talam dua muka ni tapi zaman sekarang makin beranak pinak...tambah2 lagi dalam industri aku ni..kalau tak pandai bodek alamatnya duduk dalam gua lah...hurrmmmm...tapi alhamdulillah aku masih ada lagi sifat kampungan...tak pandai nak angkat kain orang. malulah....aku jual bakat seni yang betul2 bakat. bukan rupa atau body....kalau rezeki bukan disini pasti akan ada disana... cuma perlu berusaha...kerja keras kata orang.... ;-) perlu sabar dan perlu ada sikit rasa iri hati atas kejayaan orang lain untuk majukan diri...tapi jangan pulak cemburu buta,itu memusnahkan...hehehe...
Ada orang naik lift,laju...ada pulak naik escalator,laju jugak tapi tak macam lift....dan paling lambat ialah naik tangga. Bagi aku tangga adalah yang terbaik...sambil menapak di anak tangga,kita boleh berhenti dan lihat sekeliling...dan masih ada peluang untuk betulkan kesilapan yang ada. lebih banyak pengalaman yang dapat ditempa...berbanding dengan escalator dan lift..

Monday, December 27, 2010

...AKU...

Aku mengganggap kerjaya sebagai seorang penggiat seni itu adalah satu kerjaya yang berani. Berani kerana bekerja tanpa mengira waktu dan lelah. Kalau diikutkan kami tiada pampasan jika berlaku apa2,jarang sekali dapat claim duit baju,tol,minyak,cuti sakit atau apa sekali pun.
Walaupun aku ni pelakon yang suam2 kuku atau air yang belum sempat nak suam sekalipun aku tetap memilih kerjaya ini sebagai sumber hidup selagi bakat aku masih diterima oleh sekumpulan producer atau pengarah yang percaya dengan bakat aku....kalau popular,itu rezeki masing2...Tapi aku yakin,walau sepopular mana pun,kalau bayaran yang diberi tidak setimpal dengan bakat yang dicurahkan, itu tidak adil. Aku berani mengatakan industri kini kedekut dalam isu pembayaran. Kalau ada pun hanya segelintir saja yang sudi menawarkan harga yang berpatutan. Kenapa ye begitu? Macam mana nak hasilkan filem atau cerita yang berkualiti kalau asyik muka sama saja yang dioffer walaupun watak yang diberikan itu tidak sesuai langsung untuk si polan tu....ermmm....

Sunday, December 26, 2010

PERMULAAN HARI AKU BERKONGSI CERITA

Bismillahhirrahmanirrahim...Assalamualaikum...w.b.t

Sebenarnya dah lama blog aku ni wujud..tapi disebabkan rasa malas dan kesibukan diri membuatkan blog aku ni kosong tanpa isi...tapi sejak kebelakangan ni aku rasa aku perlukan tempat untuk berkongsi cerita dan aku fikir inilah tempat yang paling sesuai untuk aku kongsi apa saja dengan kawan2...