Monday, January 3, 2011

Tahun Baru Azam Baru

Selamat tahun baru...2011

Mesti ramai yang simpan azam kan? kenapa tiap2 pembukaan tahun mesti kita berazam walaupun boleh kata azam tu buat cukup syarat je sedangkan hati tak betul2 ikhlas nak laksanakannya....
hehehe aku pun sama je macam tu,tapi tu dulu lah..sekarang tak lagi. tahun ni,aku dah 26 tahun. aku dah tak boleh main2 lagi...aku kena kuat,tabah,rajin,bersemangat dan positif. aku harus tingkatkan prestasi hidup aku.
Fuhhh sekarang ni ramai orang sekeliling yang talam dua muka...perlu extra hati2...memang dulu pun dah wujud dah talam dua muka ni tapi zaman sekarang makin beranak pinak...tambah2 lagi dalam industri aku ni..kalau tak pandai bodek alamatnya duduk dalam gua lah...hurrmmmm...tapi alhamdulillah aku masih ada lagi sifat kampungan...tak pandai nak angkat kain orang. malulah....aku jual bakat seni yang betul2 bakat. bukan rupa atau body....kalau rezeki bukan disini pasti akan ada disana... cuma perlu berusaha...kerja keras kata orang.... ;-) perlu sabar dan perlu ada sikit rasa iri hati atas kejayaan orang lain untuk majukan diri...tapi jangan pulak cemburu buta,itu memusnahkan...hehehe...
Ada orang naik lift,laju...ada pulak naik escalator,laju jugak tapi tak macam lift....dan paling lambat ialah naik tangga. Bagi aku tangga adalah yang terbaik...sambil menapak di anak tangga,kita boleh berhenti dan lihat sekeliling...dan masih ada peluang untuk betulkan kesilapan yang ada. lebih banyak pengalaman yang dapat ditempa...berbanding dengan escalator dan lift..

No comments:

Post a Comment